Skip to main content

Baiki mesin basuh manual

 




Cara Memperbaiki Mesin basuh manual yang bocor dan tidak mahu berputar.

Mesin basuh merupakan peralatan yang sangat berguna kerana boleh membuat pekerjaan mencuci menjadi jauh lebih mudah. Dan perlu anda ketahui bahawa ada dua jenis mesin basuh, 1 tabung dan mesin basuh 2 tabung. 

    Mesin basuh 2 tabung memiliki 2 tabung, dan mesin basuh 1 tabung hanya memiliki 1 tabung, jadi proses mencuci dan mengering menjadi satu tanpa perlu dipindah-pindah.

    Namun jika mesin basuh tidak dapat bekerja dengan baik, itu akan cukup memenatkan. Tapi terdapat langkah-langkah sederhana yang anda perlu lakukan untuk mengatasi mesin basuh yang bermasalah di rumah sebelum memanggil jasa Teknisen servis mesin basuh. Berikut ulasannya:


Cara Memperbaiki Mesin Cuci 2 Tabung




Mesin basuh 2 tabung merupakan mesin basuh yang dioperasikan secara semi automatik. Sesuai dengan namanya mereka terdiri dari dua tabung, satu untuk mencuci dan satu lagi untuk memutar pakaian@Spin. Anda akan menambah dan membuang air sendiri dari tabung pertama dan memindahkannya ke tabung kedua untuk diputar. Mesin basuh 2 tabung merupakan mesin basuh semi automatik yang paling umum.


Mesin basuh jenis 2 tabung seperti ini sekarang bukan lagi barang mewah dan sudah banyak di miliki oleh kalangan orang rumah tangga, kerana harganya yang relatif murah. Tetapi tidak lepas juga terjadi beberapa kerosakan pada mesin basuh 2 tabung ini, kerosakan apa saja yang biasa terjadi dan bagaimana cara memperbaikinya, berikut ulasannya:


Apa Penyebab Air Keluar Terus Pada Mesin 2 Tabung? 


1. Seal Pembuangan Kotor 




Seiring dengan lamanya pemakaian,  kotoran akan menempel pada seal pembuangan tersebut sehingga mengakibatkan posisi seal pembuangan tersebut tersumbat (seal pembuangan tidak menutup dengan rapat) yang menyebabkan rongga/lubang air akan keluar terus meskipun posisi knop tidak pada drain (buang).


Tindakan : Bersihkan seal pembuangan dan pasang lagi



seal pembuangan mesin basuh kotor


2. Seal Pembuangan Sudah Kaku / Tidak Elastik  


Jika di lihat tampak fisik memang terlihat tidak apa apa tapi setelah di bersihkan dan di pasang lagi air masih keluar terus.


Tindakan: Ganti dengan yang baru


3. Spring Pembuangan Berkarat dan Patah


Jika spring yang sudah berkarat dan patah ini di biarkan, dapat mengkibatkan spring pembuangan tidak mempunyai daya dorong lagi terhadap seal pembuangan.


Tindakan : ganti dengan yang baru


Apabila anda membeli seal pembuangan ke kedai spare part sebaiknya anda membawa contohnya meskipun barangnya sudah rosak, kerana macam dan jenisnya sangatlah banyak. Sekilas tampak fisik seperti sama tapi saat di pasang tidak  berfungsi sebagaimana mestinya dan jangan membeli berdasarkan saiz dan model mesin kerana kedai tidak mengetahuinya, kecuali anda beli pada dealer rasminya.


Apa penyebab pengering tidak boleh berputar pada mesin 2 tabung ini?

pengering tidak berputar pada mesin 2 tabung


1. Kabel putus

Permasalahan seperti ini biasa terjadi kerana kabel dimakan tikus. Cubalah anda cek pada bahagian penutup belakang, biasanya paling sering putus pada bahagian kabel yang naik ke panel 'timer' ataupun pada bahagian dalam panelnya 'timer'


Tindakan:

a. sambung kabel yang putus dan sesuaikan dengan warnanya


b. lakukan perawatan rutin dengan cara memasang dawai pada bahagian bawah mesin cuci untuk mengurangi tikus masuk.


2. 'door switch'rosak 

( tidak tersambung )


Posisinya berada di dekat timmer pengering, tapi kerosakan seperti ini jarang terjadi kecuali pada mesin basuh yang saluran masuk airnya ada 2 iaitu di sebelah kanan dan kiri, posisi kanan dekat dengan 'door switch' pengering yang menyebabkan peralatan menjadi lembap dan akan mudah lepas.


Tindakan: Buka dan bersihkan dengan kertas pasir


3. kapasitor rosak


Ciri-cirinya  adalah ketika timer di putar ada suara dengung yang ertinya ada arus masuk ke dinamo tapi dinamo tidak dapat berputar sehingga menimbulkan suara dengung. Anda boleh mengetahuinya setelah anda melakukan langkah-langkah di atas . kapasitor untuk jenis mesin basuh ini bentuknya kotak berwarna hitam tidak seperti kapasitor mesin basuh 1 tabung yang pada umumnya berbentuk bulat seperti tabung.  kabelnya ada 4 yang 2 untuk pengering dan yang 2 lagi untuk pencuci.


Tindakan : Ganti dengan yang baru dan sesuaikan dengan ukuran asalnya


4. Dinamo pengering @ spin terbakar


○Setelah anda sudah melakukan 'trouble shoot' semua di atas,anda baru boleh mengatakan yang dinamo itu terbakar. kerosakan dinamo sering di sebabkan kerana terkena air yang bocor pada seal pengering yang berada tepat di atas dinamo pengering, atau boleh juga saluran air pada tabung pengering tersumbat disebabkan stokin kaki, sarung tangan dan lainnya sehingga air tidak terus keluar pada saat proses spin sehingga seal pengering kelamaan ia akan bocor.


Tindakan :

a. Bongkar dan bawa ke kedai gulung dinamo yang profesional.

b. Ganti dengan yang baru


   


   Thone's washing machines servis &repair  

     thonelyian.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

KOD ERROR MESIN BASUH

Senarai error code mesin basuh automatic. *PANASONIC U11- DRAIN ERROR U12- DOOR/LOCK ERROR U13- UNBALANCE ERROR U14- INLET VALVE/WATER PRESSURE ERROR U18- PUMP/DRAIN FILTER ERROR H01-WATER PRESSURE ERROR *PANASONIC INVERTER U01- WATER PRESSURE ERROR H04- POWER RELAY/CONTROL PCB ERROR H05- CONTROL PCB ERROR H07- MOTOR TACHO/PCB ERROR H09- POWER/DISPLAY PCB COMUNICATION ERROR H17- TEMPERATURE SENSOR ERROR H18- MOTOR THERMISTOR SENSOR ERROR H21- INLET VALVE ERROR H23- POWER BOX ERROR H25/H55- MOTOR INDUCTION ERROR H27- DOOR LOCK ERROR H29- COOLING FAN ERROR H41- 3D SENSOR ERROR H43- LEAK DETECTED ERROR H46- LEAK DETECTOR SENSOR/MAIN PCB ERROR H51- OVERLOADED MOTOR ERROR H52- HIGH INPUT VOLTAGE ERROR H53-LOW VOLTAGE INPUT ERROR *TOSHIBA E1- DRAIN ERROR E3/E2- DOOR LOCK ERROR E5- INLET VALVE ERROR E6- DRAIN ERROR E7-4 -RESET PCB (wash,spin,super spin,on/off)/E7-1,2,3 E9/E7- WATER PRESSURE ERROR *TOSHIBA INVERTER E21/E23- DOOR LOCK ERROR Ec5- SENSOR CL...

KOD ERROR MESIN BASUH AUTHOMATIK

 ERROR CODE LIST ERROR CODE MESIN BASUH AUTOMATIC UNIVERSAL BOARD E4 - water level sensor DAEMA E2 suis pintu. tukar baru. bypass DAEWOO ELECTROLUX E5 - masalah air tak keluar(sumbat). syiling dll. *HITACHI C0- OVERLOUD ERROR C1- INLET VALVE ERROR C2-DRAIN ERROR C3/C4- DOOR ERROR C8- DOOR LOCK ERROR C9-DOOR LOCK NOT RELEASED ERROR F1- WATER PRESSURE ERROR F9-CLUTCH GEAR ERROR f9 slide coller problem. tak bolah spin (abe5) FD- MOTOR DRAIN ERROR *LG DE- DOOR ERROR PE- WATER PRESSURE ERROR 1E- INLET VALVE ERROR UE- UNBALANCE ERROR DL/CL- CHILD LOCK ERROR OE- DRAIN ERROR RE- RELAY PCB ERROR E3- WASH ERROR ( OVERLOUD ) SE- SENSOR MOTOR INDUCTION ERROR *LG INVERTER DE- DOOR ERROR PE- WATER PRESSURE ERROR      - duit 20sen UE- UNBALANCE ERROR OE- DRAIN ERROR DL- DOOR LOCK ERROR FE- INLET VALVE ERROR LE- SENSOR MOTOR ERROR CLUTCH ERROR E6- CLUTCH MOTOR ERROR DL/CL- DOOR/CHILD LOCK ERROR AE - MOTOR ERROR MIDEA E2 - board problem E3- door switch problem    *PANASONIC...

MENGENALI KEROSAKAN WATER LEVEL SENSOR

  Seringkali pengguna menghadapi masalah mesin basuh yang boleh spin tapi tak boleh wash. Jika ini berlaku hanya terdapat kemungkinan berlaku kerosakan kepada 3 komponen ini; water level sensor, tubing ataupun pada board. Kali ini saya akan menceritakan mengenai water level sensor dan tubing dahulu. Kebiasaannya, apabila mesin basuh di ON kan, air akan mengalir masuk melalui water inlet valve ke dalan drum. Pada level tertentu, air akan berhenti masuk dan motor akan berpusing untuk fungsi wash. Tetapi jika air tak berhenti mengalir masuk, maka ada kerosakan pada ketiga-tiga komponen tadi. Apa peranan water level sensor dalam kes tadi? Water level sensor ataupun pressure switch berfungsi untuk mengesan paras air yang terdapat di dalam tub mesin basuh.  Bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membuka dan menutup valve yang terdapat pada water level?? Selepas air mengalir masuk dan memenuhi level yang telah disetkan, tekanan udara akan memenuhi tubing seterusnya memberi i...