Skip to main content

ILMU ELEKTRIKAL

 Kepentingan Pemilihan Jenis Kabel Dan saiz kabel memng penting untuk system wiring dan mestilah 100% copper dengan Pemilihan MCB,isolator dan Rccb untuk kepekaan trip/mA untuk litar pencayahaan dan litar kuasa untuk wiring satu fasa.


1 ) SAIZ KABEL :

1.5mm = Lampu/Kipas

2.5mm = Soket Plug 13Amp Gelang/Jejari

4mm/6mm bergantung jarak point = AC,/Water Heater/Microwave

10mm = Kabel main db/sub db dan Earthing (Minima)

16mm = Kabel main db/sub db


2 ) SAIZ MCB :

6Amp = Lampu/Kipas

10Amp = Lampu/Kipas dan soket 2pin 5A

16Amp = AC/Soket Plug 13Amp Litar Kuasa Jejari (2/3 soket)

20Amp =AC/Water Heater/Microwave/Soket Plug 13Amp jejari (3/4 soket)

32Amp = Soket Plug 13Amp Litar Gelang (10 soket )


3 ) SAIZ Isolator :

A ) 40Amp =

1) Untuk Rumah yang tidak mempunyai beban berat yang byk seperti (aircond 2 point) dan (Waterheater 1 point)

2) Digunakan Untuk main db/sub db


B ) 63Amp =

1) Untuk rumah yang mempunyai beban berat yang byk seperti (aircond 4 point) dan (Water heater 2 point)

2)Digunakan Untuk Main Db Sahaja


4 ) Saiz Rccb Main Db/Sub Db 63Amp/40Amp Dan kepekaan/mA sesuai dengan pengasingan litar :

A) 63Amp/40Amp (0.01/10mA) = Litar kuasa Untuk beban berat seperti AC/WH dan Kegunaan Untuk Tempat Basah.

B) 63Amp/40Amp (0.03/30mA) = Litar kuasa untuk soket plug 13Amp Gelang/Jejari

C) 63Amp/40Amp (0.1/100mA) = Litar pencahayan

D) 63Amp/40Amp (0.3/300mA) = (Hanya untuk Pendawaian industri Seperti kilang)

E) Untuk Tidak Pengasingan litar,saiz kepekaan/mA Rccb yang digunakan adalah 0.1/100mA


5 ) Untuk Wiring Satu Fasa,Maksimum beban berat yang dbenarkan adalah 6 point seperti contoh (4 point AC) dan (2 point waterheater) dan saiz kabel main db minima adalah 16mm.


Untuk rujukan.

Comments