Skip to main content

PANDUAN BAIKI MESIN BASUH DIY

PANDUAN BAIKI MESIN BASUH DIY


Dalam posting ni, saya ingin berkongsi beberapa cara mudah untuk mengenalpasti masalah biasa mesin basuh jenis fully auto dan cara memperbaikinya.Saya bukanlah pakar, tapi aku belajar serba sedikit berdasarkan tips daripada kawan-kawan dan juga internet.

Sebelum tu, nak repair apa-apa pun, kita kena kenal dan faham prinsip asas operasi sesuatu mesin itu. Secara umum, semua mesin beroperasi berasaskan konsep teknikal yang sama, walaupun jenama berbeza. Boleh je study prinsip asas operasi melalui manual pengguna yang disertakan bersama mesin ataupun cari di internet.

Untuk mesin basuh fully auto ni, masalah yang pernah saya alami dan agak biasa ialah:

a. Air tak masuk selepas tekan butang ON/RUN ataupun air masuk sampai melimpah-limpah.
b. Tekan butang ON/RUN, tapi dengar bunyi “beep” pelik, lampu penunjuk proses (indicator light) nyala berkelip2 antara satu sama lain atau paparan LED tunjukkan karektor pelik (E03, P10 e.t.c).


a. Masalah Air Tak Masuk/Masuk Berterusan Sampai Melimpah

1. Jika kita pasti bahawa air dari kepala paip tak ada masalah (paip dah buka, air mengalir melalui hos), cuba perhatikan sambungan hos dengan “water inlet” di mesin. Buka dan periksa “strainer” sama ada terdapat apa-apa serpihan, sedimen yang mungkin menghalang kemasukan air dan bersihkan.  

2. Kalau semuanya berkeadaan baik, kemungkinan besar injap kemasukan air (water inlet valve, WIV) dah rosak/ada serpihan bendasing yang menghalang injap untuk BUKA dan TUTUP. Kebanyakkan kes, WIV gerenti kena tukar ganti.

3. WIV mengawal kemasukan air menggunakan solenoid. Dalam keadaan biasa (common state), WIV ni tertutup. Bila elektrik mengalir, gegelung tembaga dalam solenoid menghasilkan aruhan magnet, menarik rod besi yang berinjap getah/silikon, baru la air masuk.

4. Rupa WIV macam ni.
Solenoid Valve 1          Solenoid Valve 2


5. Untuk mesin basuh yang canggih sikit, kadang-kadang WIV ni ada dua water inlet dan dua solenoid valve. Ada satu water inlet tapi dua solenoid valve (mesin basuh Samsung kat umah aku macam ni). Walaubagaimana, konsep WIV ni sama je.

6. Cara nak buka dan periksa; pertama sekali pastikan plug dah dicabut daripada soket, tutup bekalan air dan pisahkan hos bekalan dengan mesin. Cari dan buka skru yang mengikat panel plastik dan seterusnya pisahkan kepingan plastik ni dengan berhati-hati.


7. Kalau ada multimeter, boleh check connection antara dua terminal solenoid valve ni. Bagi yang tak biasa gunakan multimeter ni, aku cadangkan tak payah la membahayakan diri. Cuma buka WIV ni dan bawa terus ke kedai yang menjual spare part utk perkakasan elektrik dan dapatkan ganti mengikut spesifikasi yg hampir sama.

8. Pastu, pasang balik dan tutup panel plastik. Masukkan hos air dan cuba hidupkan semula mesin basuh.

Semoga Bermanfaat.

Untuk keterangan lanjut hubungi "Thone washing machine repair & servis".Kami juga ada menjual alat ganti mesin basuh.

hubungi saya @ melalui  mesej,wassapps/email/blogs seperti di bawah:

013-5142084

selagielustorn@gmail.com

thonelyian.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

KOD ERROR MESIN BASUH

Senarai error code mesin basuh automatic. *PANASONIC U11- DRAIN ERROR U12- DOOR/LOCK ERROR U13- UNBALANCE ERROR U14- INLET VALVE/WATER PRESSURE ERROR U18- PUMP/DRAIN FILTER ERROR H01-WATER PRESSURE ERROR *PANASONIC INVERTER U01- WATER PRESSURE ERROR H04- POWER RELAY/CONTROL PCB ERROR H05- CONTROL PCB ERROR H07- MOTOR TACHO/PCB ERROR H09- POWER/DISPLAY PCB COMUNICATION ERROR H17- TEMPERATURE SENSOR ERROR H18- MOTOR THERMISTOR SENSOR ERROR H21- INLET VALVE ERROR H23- POWER BOX ERROR H25/H55- MOTOR INDUCTION ERROR H27- DOOR LOCK ERROR H29- COOLING FAN ERROR H41- 3D SENSOR ERROR H43- LEAK DETECTED ERROR H46- LEAK DETECTOR SENSOR/MAIN PCB ERROR H51- OVERLOADED MOTOR ERROR H52- HIGH INPUT VOLTAGE ERROR H53-LOW VOLTAGE INPUT ERROR *TOSHIBA E1- DRAIN ERROR E3/E2- DOOR LOCK ERROR E5- INLET VALVE ERROR E6- DRAIN ERROR E7-4 -RESET PCB (wash,spin,super spin,on/off)/E7-1,2,3 E9/E7- WATER PRESSURE ERROR *TOSHIBA INVERTER E21/E23- DOOR LOCK ERROR Ec5- SENSOR CL...

KOD ERROR MESIN BASUH AUTHOMATIK

 ERROR CODE LIST ERROR CODE MESIN BASUH AUTOMATIC UNIVERSAL BOARD E4 - water level sensor DAEMA E2 suis pintu. tukar baru. bypass DAEWOO ELECTROLUX E5 - masalah air tak keluar(sumbat). syiling dll. *HITACHI C0- OVERLOUD ERROR C1- INLET VALVE ERROR C2-DRAIN ERROR C3/C4- DOOR ERROR C8- DOOR LOCK ERROR C9-DOOR LOCK NOT RELEASED ERROR F1- WATER PRESSURE ERROR F9-CLUTCH GEAR ERROR f9 slide coller problem. tak bolah spin (abe5) FD- MOTOR DRAIN ERROR *LG DE- DOOR ERROR PE- WATER PRESSURE ERROR 1E- INLET VALVE ERROR UE- UNBALANCE ERROR DL/CL- CHILD LOCK ERROR OE- DRAIN ERROR RE- RELAY PCB ERROR E3- WASH ERROR ( OVERLOUD ) SE- SENSOR MOTOR INDUCTION ERROR *LG INVERTER DE- DOOR ERROR PE- WATER PRESSURE ERROR      - duit 20sen UE- UNBALANCE ERROR OE- DRAIN ERROR DL- DOOR LOCK ERROR FE- INLET VALVE ERROR LE- SENSOR MOTOR ERROR CLUTCH ERROR E6- CLUTCH MOTOR ERROR DL/CL- DOOR/CHILD LOCK ERROR AE - MOTOR ERROR MIDEA E2 - board problem E3- door switch problem    *PANASONIC...

MENGENALI KEROSAKAN WATER LEVEL SENSOR

  Seringkali pengguna menghadapi masalah mesin basuh yang boleh spin tapi tak boleh wash. Jika ini berlaku hanya terdapat kemungkinan berlaku kerosakan kepada 3 komponen ini; water level sensor, tubing ataupun pada board. Kali ini saya akan menceritakan mengenai water level sensor dan tubing dahulu. Kebiasaannya, apabila mesin basuh di ON kan, air akan mengalir masuk melalui water inlet valve ke dalan drum. Pada level tertentu, air akan berhenti masuk dan motor akan berpusing untuk fungsi wash. Tetapi jika air tak berhenti mengalir masuk, maka ada kerosakan pada ketiga-tiga komponen tadi. Apa peranan water level sensor dalam kes tadi? Water level sensor ataupun pressure switch berfungsi untuk mengesan paras air yang terdapat di dalam tub mesin basuh.  Bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membuka dan menutup valve yang terdapat pada water level?? Selepas air mengalir masuk dan memenuhi level yang telah disetkan, tekanan udara akan memenuhi tubing seterusnya memberi i...