PANDUAN BAIKI MESIN BASUH DIY Dalam posting ni, saya ingin berkongsi beberapa cara mudah untuk mengenalpasti masalah biasa mesin basuh jenis fully auto dan cara memperbaikinya.Saya bukanlah pakar, tapi aku belajar serba sedikit berdasarkan tips daripada kawan-kawan dan juga internet. Sebelum tu, nak repair apa-apa pun, kita kena kenal dan faham prinsip asas operasi sesuatu mesin itu. Secara umum, semua mesin beroperasi berasaskan konsep teknikal yang sama, walaupun jenama berbeza. Boleh je study prinsip asas operasi melalui manual pengguna yang disertakan bersama mesin ataupun cari di internet. Untuk mesin basuh fully auto ni, masalah yang pernah saya alami dan agak biasa ialah: a. Air tak masuk selepas tekan butang ON/RUN ataupun air masuk sampai melimpah-limpah. b. Tekan butang ON/RUN, tapi dengar bunyi “beep” pelik, lampu penunjuk proses (indicator light) nyala berkelip2 antara satu sama lain atau paparan LED tunjukkan karektor pelik (E03, P10 e.t.c). ...