Mesin basuh yang normal, bila kita set untuk proses 'wash',air akan masuk pada paras level yang kita mahukan, tetapi mesin yang ingin saya bahaskan di sini lain, pada masa hendak mula mencuci ia akan mengeluarkan nombor digital dengan perkataan error dan terus berhenti.
Pada pengalaman saya ini menunjukkan motornya tak boleh nak berpusing kemungkinan gear box ada masalah, atau motor mengalami beban terlampau dan cuma boleh dengar bunyi motor hendak hidup tetapi tidak berpusing.
Untuk memudahkan setiap kerja pembaikan, selalunya semua jenis mesin basuh mempunyai litar skematik elektrik di belakang mesin basuh. Ianya seperti dalam gambar di bawah.
Memang sukar bagi yang tidak faham bagaimana hendak membaca litar skematik ini,
tetapi disini saya akan terangkan bagaimana hendak mengenali komponen-komponen yang berada didalam mesin basuh dan kegunaannya.
1. Motor untuk mekanikal spin dan rinse.
2. Gear box arm break - akan ditarik untuk spin
3. Rinse valve - saluran air buang
4.kapasitor - untuk starting motor
5. Pulley gear box & gearbox
6. Pulley & motor elektrik
7. Absober - untuk menyeimbang drum mesin
A. Absober . B. Gearbox arm Mekanikal spin dan rinse.
Pada masa spin, iaitu untuk mengeringkan air dalam drum mesin, drain motor untuk mekanikal spin dan rinse tadi akan menarik Gearbox arm mekanikal (B) dan pada masa inilah rinse valve akan terbuka dan air akan keluar, untuk mengeringkan air dalam bekas cuci tadi.
A. Penyerap hentakkan dan gegaran dengan spring ( Absorber )
Fungsinya adalah untuk menyerap hentakan dan gegaran yang terhasil dari kerja mencuci dan mengering untuk menstabilkan keadaan bekas cucian supaya berada didalam keadaan stabil dan tidak menghasilkan bunyi yang kuat.
Water inlet valve yang mempunyai dua gegelung kemasukan iaitu A dan B, kenapa ianya mempunyai dua? A adalah solenoid valve untuk memasukkan air kedalam bekas cuci secara terus dan B pula memasukkan air memalui tempat sabun cuci dan terus ke bekas cuci. Dalam keadaan ini sepatutnya kedua-dua valve ini akan bekerja untuk memasukkan air secara serentak dan pada masa rinse ianya akan bekerja pada bahagian A sahaja. Nilai Voltan yang ada pada kedua-dua gegelung (solenoid coil) adalah 240V AC.
Dan gambar (A) yang diatas ini pula adalah Water pressure control. Kerjanya benda ni ialah untuk mengetahui berapa banyak kandungan air yang berada didalam bekas cuci, cara ia bekerja ialah apabila air dimasukkan kedalam bekas cuci maka hos kecil yang berada dibelakang dan bersambung pada alat kawalan ini akan mempunyai tekanan angin didalamnya. Tekanan inilah yang akan menolak diafram didalam alat ini untuk melaras nilai rintangan dan seterusnya dihantar ke sistem kawalan automatik berapa jumlah air yang ada dengan mengetahui jumlah tekanan angin yang terkumpul didalam hos kecil tadi.
Ini rupa keadaan motor mekanikal untuk spin dan rinse(1)drain motor, iaitu tugasnya ialah ianya akan berpusing dan menarik kaki drain motor yang kita lihat berada di pulley motor mekanikal ini supaya rinse valve dan arm break ditarik pada masa yang sama.
Gambar di atas ni pula no.( 3)adalah rinse valve untuk bekas cuci. Gambar (3) adalah sistem valve interlock yang akan tutup apabila mesin dalam keadaan mode mencuci dan membilas (rinse) manakala akan terbuka apabila kerja membuang air dan proses mengeringkan cucian(spin). Tanda( 2) arm gearbox di atas merujuk kepada sistem break iaitu ianya mempunyai kepingan logam yang nipis yang akan berada didalam keadaan ketat apabila sistem ini dalam keadaan cuci dan ianya akan berada dalam keadaan longgar apabila dalam keadaan proses mengering (spin).
Gambar komponen no. 2(arm gearbox break) juga adalah untuk menghalang gear bergerak sewaktu proses cucian dan akan terangkat apabila dalam proses mengering.
Gambar komponen no.2(arm gearbox break) diatas menunjukkan sistem mekanikal untuk break dan kekunci gear bagi gear box dan pengawal rinse valve. Apabila (1) drain motor berpusing dan ianya akan menarik wayar steel(kaki drain motor) tersebut menyebabkan lengan (2) arm gearbox tertarik dan secara langsung menyebabkan break dan kekunci gear akan terbuka dan rinse valve akan tertarik dan mengeluarkan air yang berada didalam bekas tabung mesin basuh tersebut.
Gambar no. 6(motor) di atas ini pula adalah motor yang berpusing untuk mengerakkan pulley yang bersambung pada sistem gear box (no.6) Perlu diingat kenapa pulley motor (6)dan pulley gear box (5 )tidak sama saiz adalah disebabkan ianya mempunyai nilai ratio untuk memberi imbangan dan daya tujah bagi sesuatu benda yang berputar untuk menghasilkan kerja.
Komponen no.1 ini pula adalah rinse valve yang bekerja untuk menghalang air daripada keluar semasa proses mencuci dan membilas dan akan bekerja(membuka) pada masa mengering.Barrow iaitu getah di dalam rinse valve untuk menyekat air daripada keluar.
Inilah serba sedikit nama komponen-komponen yang berada pada mesin basuh dan cara kerjanya. Mari kita berbalik pada masalah yang ingin saya ceritakan tentang apakah yang menyebabkan mesin basuh automatik ini tadi tidak berjalan apabila kita hendak menjalankan proses cuci, ianya disebabkan kapasitor iaitu merujuk kepada no. 4 diatas ia telah rosak. Bagaimana hendak mengetahui kapasitor yang rosak lain kali saya akan terangkan pada bab yang lain. Selepas kapasitor ini ditukar maka motor untuk proses mencuci tadi bekerja seperti biasa kembali.
Bagi yang ingin cuba membaiki sendiri, aspek keselamatan haruslah diberi keutamaan dan seandainya anda belum tahu bahagian yang mana yang rosak dan payah untuk mendapat spare part,saya sedia membantu membaiki dan mencari alat ganti untuk anda ..yang penting anda harus mengambil gambar dan nama produk serta modelnya.(Miri Sahaja)
Sekian saja perkongsian saya untuk hari ini..terima kasih..
Saya sedia membantu....
Untuk keterangan lanjut, hubungi no. wassup, email dan blogs seperti di bawah:
013-5142084
selagielustorn@gmail.com
thonelyian.blogspot.com
Comments
Post a Comment