Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

MESIN BASUH ERROR MASA SPIN BRAND SHARP

MESIN BASUH ERROR APABILA MODE SPIN 21/03/20 ( Suis pintu ) Mesin basuh normal kebiasaannya dari proses wash,rinse dan akan pergi ke proses spin untuk mengeringkan pakaian.Masalah mesin berlaku apabila selepas proses  rinse,  alam berbunyi walaupun pintu mesin basuh telah ditutup.Dan akan mengeluarkan kod 'error.' Perkara ini terjadi kerana 'door  safety switch'  atau ' lid switch'  a/suis pintu tidak berfungsi dengan baik.          Suis pintu disambungkan  dengan litar motor. Apabila pintu ditutup, litar kepada motor telah lengkap dan motor boleh bergerak untuk proses  spin . Tetapi apabila pintu dibuka. litar turut terbuka menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kepada motor dan motor tidak boleh berpusing. Suis pintu ini berfungsi untuk mengelakkan kecederaan kepada pengguna.Suis pintu yang rosak atau tidak berfungsi menyebabkan litar terbuka dan motor t...

MASALAH MESIN BASUH MANUAL TAK BOLEH SPIN

Mesin basuh Manual MESIN BASUH MANUAL/SEMI AUTO TIDAK BOLEH SPIN. - MAC 19, 2020      Kali ini saya ingin berkongsi masalah mesin basuh manual atau semi auto yang bahagian spin tidak boleh berpusing. Kebiasaannya perkara diatas berlaku disebabkan motor spin telah rosak. Ini adalah masalah utama bagi pengguna yang menggunakan mesin basuh manual. Di dalam motor spin terdapat gegelung dawai tembaga untuk menggerakkan motor. Jika gegelung dawai terbakar, maka motor spin tidak boleh berpusing. (Motor mesin basuh)      Motor yang lama perlu ditukar dengan motor baru supaya bahagian spin boleh berfungsi semula. Tips untuk mengelakkan motor terbakar: Untuk mengelakkan motor cepat tebakar, maksimum 2 round sahaja spin yang perlu dibuat dalam satu masa. Jika anda hendak buat spin lagi, tunggu hingga 1 jam untuk mengelakkan motor spin anda cepat panas. Sekian.. Terima kasih..

Masalah mesin basuh tak dapat 'wash'

Masalah mesin basuh tak boleh basuh Mesin basuh yang normal, bila kita set untuk proses 'wash',air akan masuk pada paras level yang kita mahukan, tetapi mesin yang ingin saya bahaskan di sini lain, pada masa hendak mula mencuci ia akan mengeluarkan nombor digital dengan perkataan error dan terus berhenti. Pada pengalaman saya ini menunjukkan motornya tak boleh nak berpusing kemungkinan gear box ada masalah, atau motor mengalami beban terlampau dan cuma boleh dengar bunyi motor hendak hidup tetapi tidak berpusing. Untuk memudahkan setiap kerja pembaikan, selalunya semua jenis mesin basuh mempunyai litar skematik elektrik di belakang mesin basuh. Ianya seperti dalam gambar di bawah. Memang sukar bagi yang tidak faham bagaimana hendak membaca litar skematik ini,  tetapi disini saya akan terangkan bagaimana hendak mengenali komponen-komponen yang berada didalam mesin basuh dan kegunaannya.  1. Motor untuk mekanikal spin dan rinse.  2. Gear box a...